Monday, February 28, 2011

Seluar Kangaroo

Sejak masuk 6 bulan ni semua seluar dah start tak muat. Bila cerita dekat kawan-kawan yang berpengalaman diorang terus cadangkan pakai "seluar kangaroo". Huh? Seluar kangaroo..?? Bila dengar je otak pon imagine yang pelik-pelik erkkkkk....., tapi macam cute pun ada jugak bunyinya ngehehehe;p Seluar kangaroo, here i come!

Dan akhirnya......Taraaaa.....!!! Ni la seluar kangaroo saya yang pertama!


Bahagian perut seluar kangaroo ni sangatlah selesa bila dipakai


Bahagian pinggangnya pulak ada getah yang boleh ditarik ikut saiz pinggang masing-masing

Tapi memang susah nak cari cutting seluar kangaroo atau nama sebenarnya "maternity pants" yang cantik. Kebanyakannya guna kain lembut dengan potongan yang "gedoboh". Erkkkkk....undang-undang mana pulak yang mewajibkan seluar untuk orang mengandung kena nampak berkepak-kepak bila dibuat bejalan????? Nasib baik cari punya cari akhirnya jumpa jugak sehelai yang berkenan dekat Jusco weee...!!!






Lepas tu trus pegi dinner dekat Ice Room Bangi yum! yum! Tapi sebelum makan sempat jugak ambik beberapa keping gambar ngeeee;p Tengah syok-syok ambik gambar tiba-tiba terdengar suara lelaki dari meja belakang becakap dengan girlfriend dia "apa masalah budak tu ambik-ambik gambar?" (*terasa cam kena tumbuk tepat kat hidung je lepas dengar ayat tu.....wachaaAAAAA!!!)

Tuesday, February 22, 2011

Ding Dong

Cameraman: farah, kau dah 3 bulan ke 4 bulan?
Me: dah 6 bulan la bang
Cameraman: ye la tu. orang 6 bulan perot besar, macam la aku tak tau
Me: hahahaha saya pakai baju panjang, lepas tu tak berpinggang...sebab tu perot tak nampak sangat
Cameraman: owh ye? tipu..
Me: erkkk...
*moral of the story: baju boleh sorokkan "kekurangan" ataupun "keLEBIHan";p



Setelah berkurun lama bertapa dekat ofis, akhirnya harini kena keluar buat interview. Dari awal mata dah berkenan dekat pintu kayu berukir yang tesergam indah depan bilik Ketua Pengarah Muzium Negara. So apa lagi...bila ada peluang, terus perposing sakan ngehehehe;p


Tapi plan nak makan ikan bakar dekat jalan Bellamy nampaknya tinggal harapan sbb tak perasan jam dah pukul 2.30petang (sah tulang ikan pon dah clear ok sebab dari pukul 12.30 orang dah start beratur depan kuali ikan bakar tu). Sudahnya pegawai muzium yang memang "pakar" bab-bab cari kedai makan pun cadangkan kitorang makan dekat restoran Rubiah Suparman. Apa yang boleh dikatakan tentang masakan kampung dekat sana ialah "marvellous"!

Saturday, February 19, 2011

Mata Labu

Rice cooker rosak. Alasan yang sangat baik untuk "terpaksa" lunch dekat kedai mamak ngeee...;p

Menu wajib mesti la 3 layer tea yum! yum!


Dan pasangannya yang paling ideal tak lain dan tak bukan.....Mee Goreng Mamak!


Tapi dekat kedai mamak ni ada lagi satu menu istimewa yang tak akan ada dekat kedai-kedai mamak lain diatas muka bumi ni.....Telur Mata Labu???

Wednesday, February 16, 2011

Semalam

Cuti lagi, lagi dan lagi!! weeee~ Bulan ni banyak pulak cuti umum. Hati pun berbunga-bunga la semekar bunga sakura plastik yang masih tegak bediri kat tengah2 shopping complx ni walau CNY dah pun berlalu pergi. Tapi bagus gak, leh tumpang ambik gambar ngeeee;p


Lepas ambik gambar, misi utama pun diteruskan iaitu memburu baju khas untuk org yang dah kehilangan bentuk badan sob..sob.. Rupanya susah nak carik baju yang tak berpinggang. Sebenarnya pilihan banyak, cuma hati yang susah nk bekenan. Lepas sejam keluar masuk kedai (ye la tu sejam ngehehehe...) sudahnya ambik la jugak 2-3 helai.


Dan part yang paling bagus ialah elok2 je naik kereta nk balik, start la menyesal sebab tak ambik baju tu, tak beli baju ni. Tapi normal la kan, nama pon perempuan;p

Thursday, February 10, 2011

Classic


Boleh pakai dengan kebaya macam ni..Taraaaa.....!!




Lagi best bila jumpa balik jam tangan yg dah setahun hilang ngeeee.....;p

Sunday, February 6, 2011

Ikan Bakar Depan Rumah






Banyak betol status "nak pegi makan ikan bakar" kat facebook. Tu belom gi bab menempek gambar2 ikan bakar yang menggiorkan. Perghhhh....terlioq! Tapi nak pegi restoran ikan bakar jauh la pulak. Yg paling dekat kat Bagan Lalang, tu pon 45minit pejalanan. Kalau nk lagi best ikan bakar kat Melaka, tapi mau sejam setengah baru sampai kalau tak jem(betuah la klau xjumpa jem musim2 raya nih kan....?). Jadi saya pon bepakat la ngan mama nk buat BBQ depan umah (jadik la dari xde).

Makanya dengan semangat yang berkobar2 saya pon bangun seawal 6.30pagi utk memenuhi misi memburu seafood yg segar bugar di Pasar Borong Selangor. Tapi hampeh, pasar borong pun tau cuti gak rupanya. Sudahnya cari ikan kat ekonsave je lah labu..Janji BBQ

Thursday, February 3, 2011

Ada Apa Dengan Cuti?






Wowwie....cuti Chinese New Year 4 hari!! Otak start la melilau memikir aktiviti apa nk dibuat. Memandangkan harini 1st day cuti jadi buat la aktiviti ringan2 dulu. Uittt...lain mcm lak bunyiknya???? Ngeee....;p Ringan2 tu maksudnya bermalas-malasan kat rumah la, aktiviti yg tak mengeluarkan peloh, yang tak mencabar, ala2 garfield si kucing pemalas...

So cuti saya harini (eceh manis je bunyiknya guna “saya”) di penuhi dengan aktiviti movie marathon. Pagi-pagi lagi dah mengadap filem Shutter Island, lepastu sambung tengok "Red", dan diikuti dengan "The tourist". Perghhhh mmg puas hati, smpai lengoh pinggang. Malam ni nak tgk "Hot Tub Time Machine" lak. Lagi besh klau tengok movie sambil menghadap hot chocolate celop biskut lemak, memang heaven!