Tuesday, November 20, 2012

Hantu Air

Ini lah contoh hantu air. Ciri-ciri hantu air ialah kalau dia dapat je peluang berendam atau main air dia takkan berenti selagi jari-jari tak kecut kerepot. Teeheee....jangan marah ye papanya, mummynya gurau je;p Tapi ni baru sesi pengenalan, setakat berendam manja dalam kolam kecik depan rumah je.....




Mummy! Mummy! Mummy! Mandi! Ok itu je ayat teruja yang keluar dari mulut budak setahun 4 bulan 19 hari ni bila pertama kali dibawak ke swimming pool dekat Putrajaya. Geram sangat dia tengok air melimpah ruah agaknya ngeeeee..... Bila dapat lepas je dari dokong, dia terus lari masuk air weeeee....!!! Tak takut langsung ok!!  Mummy dengan papa lak gilir-gilir jadi lifeguard peribadi Afia...Like a boss!





*Tapi swimming pool kat Putrajaya ni akan di tutup setiap 2 jam sekali dan dibuka semula sejam kemudian ....ayok!

Friday, November 9, 2012

Playtime!

Afia dah semakin cerdik sekarang. Bila boring je dia pun terus ambik kasut, lepas tu berdiri depan pintu sambil sebut "mummy jom!". Bila dah keluar ayat macam tu maknanya nak ajak keluar main la tu. Orite bebeh! Jom!! Dan.....Permainan yang paling sesuai untuk baby setahun lebih ialah..... Tada....!!

Cepat sikit naik ye papa, afia nak ambik mummy lak pasni
Camne nak gerakkan ketam nih?
Sila beri laluan, bomba nak lalu!
Sorry papa, bas ni untuk budak sekolah tadika je
Afia nak cari tarzen sekejap ye pa, byeee....
Choo! Choo!
Weehuuu!!!
Ok kenapa mainan ni sesuai untuk baby setahun lebih? Jawapannya ialah:

1. Mainan ni tak bahaya, baby cuma perlu duduk dan dia begerak-gerak manja gitu
2. Menarik, sebab ada macam-macam bentuk (kenderaan, binatang, dsb) dan ada muzik jugak
3. Murah, sekali main Rm1 je. Kalau bawak masuk taman tema pun baby besar ni belum reti main lagi.
4. Persekitarannya selesa, sebab mainan ni kan ada dekat dalam shopping compleks berekon.
5. Menggalakkan imaginasi baby. Boleh pergi sekolah, tunggang kuda, naik keretapi, gi safari..kan?
6. Memudahkan pengawasan, perlu tengok je, tak payah nak mengejar sampai bepeluh ketiak
7. 2 in 1, sebab lepas layan anak main kita boleh shopping dengan makan terus teeheeee;p