Thursday, November 10, 2011

Barbie Girl Beraya



Raya tahun ni best sangat sebab dah ada "barbie girl" Rei Afia weeee...!! Pagi2 buta dia dah kena bega macam2. Tapi Rei Afia macam faham2 je yg mummynya dari kecik teringin barbie tapi xdapat, so dia layankan je ngehehehe...

Macam biasa Aidiladha disambut secara simple. Lagi pun ayah tak ada sebab terpaksa bertugas dekat Mekah. So lepas sembahyang raya kitorang terus mulakan aktiviti favourite iaitu.......makan! Rei Afia jadi pemerhati je lah ek sebab belum ada gigi;p

Aktiviti seterusnya ialah.............. pertandingan gigit apple dengan gusi!!!! Uitttt????

Lepas tu kitorang pun terus ambil gambar secara longgok supaya cepat siap sebelum Rei Afia mulakan latihan vokalnya ngeeee;p

Sunday, September 25, 2011

Misi Sulit

Alhamdulilah....harini genap 3 bulan Rei Afia "mendarat ke bumi" yayyyyy....!!!!

Memandangkan Afia dah besar, so Mummy boleh la start menulis balik weeeee;p

Semalam plan nak bawak Afia keluar jalankan "misi sulit". Tapi dia meragam lak tetiba, nak tdo la tu maknanya. So sementara Afia tdo, Mr Husband n Me layan Hantu Bonceng ngan Tomb Raider dulu.

Lepas 3 jam berlalu Afia masih gak nyenyak tdo, sampai sarung tangan pun beterbangan ke dahi ayok! Masuk jam ke 4 baru Afia bangun tapi dah petang sangat, jadi misi sulit terpaksa di batalkan.
Tak lama lepas tu Baim ngan Naja datang beraya. Akhirnya Afia yang bejaya jalankan misi solonya membuli auntie Naja ngeee...

Wednesday, May 4, 2011

Not So Brave!

Dinner with The husband at Nando's Chicken, The Mines... Soooooooo happy!
Yummy caramel cheesecake! Tak pecaya? Tanya "Mr Dracula" ahak..;p

"Tickle your taste buds" Hot peri-peri chicken for him:)

"Not so brave!" Lemon and herb chicken for me....ngeeee;p

OmNomNom......

Thursday, April 14, 2011

Happy Birthday Mak Buyong (final) - Sweet Surprise

Wahhhhh.....Biar betol.....!! *gosok2 mata....*gosok2 mata.... Betol la...!!! Balik keje je tengok kain baju dah siap bercuci ngeeee;p Lepas tu atas meja dah siap bersusun bahan-bahan untuk masak (The Husband da pandai beli barang dapur kat Jusco sesorang la ahak!;p)


The Husband: Sayang da balik? Ok duduk sini diam2, saya nak buatkan sandwich subway special!
Me: Yay!!!!!

Taraaaaa....!!!!! So sweeeeett....!!! Rasa cam dah tumbuh kepak....Terbang-terbang satu rumah weeeeee.....;p

Wednesday, April 13, 2011

Happy Birthday Mak Buyong (Part 2) - Ke Laut

The Husband: Ok memandangkan harini birthday awak, so saya nak buatkan Sandwich Subway Special!
Me: Yayyyyy!!
The Husband: Kita ada tomato tak?
Me: Emm...tak ada..
The Husband: K takpe..... kita ada salad?
Me: Tak de gak, dah habis
The Husband: Erkkkk....dah semuanya takde, next time je la saya masak untuk awak. Malam ni kita makan kat luar k.
Me: Hehehehe...orite!;p


Sudahnya malam birthday tu kitorang pon pergi lah ke restoran makanan cina muslim Mohd Chan, kononnya nak tukar selera. Sampai je kat situ The Husband terus oder beberapa jenis makanan. 15 minit lepas tu sampai lah makanan-makanan yang dipesan.

Elok-elok je pelayan tu letak makanan, The Husband pun terus makan dengan nyamannya.

Me: Erkkkk....sayang.....ni je ke makanannya?
The Husband: A'ah....kenapa? tak cukup ke? Tom Yam Seafood ni amek yang large ni.
Me: Cukup....tapi mana menu masakan cinanya?
The Husband: Ala sayang, telupa lak nak oder masakan cina. Makan je la k, kang kalau oder yang lain lambat lak sampai. Next time datang lagi k.
Me: Erkkkkkk......ke laut jugak.....

Bersambung.......

Sunday, April 10, 2011

Happy Birthday Mak Buyong (Part 1) - BIG Surprise!

Me: Yay Ahad ni birthday saya!
The Husband: Awak nk hadiah apa kali ni?
Me: Tak nak apa2. Cuma nak suruh awak layan saya je sepanjang hari....saya nak jadik princess, tak mau buat keje rumah!
The Husband: Ok set! Tapi Jumaat, Sabtu ngan Ahad ni saya kena keje sampai malam. Awak tunggu saya balik keje k
Me: Erkkkkk......

So malam birthday tu The Husband balik pukul 8 malam. Masuk je pintu dia terus wish happy birthday sambil hulurkan beg warna oren yang penuh berisi weeee.....!!

Otak ligat meneka apa la benda yang disumbatkan kat dlm beg ni sampai buncit tak ingat. Apa lagi, tangan pon tak menyempat terus tarik keluar isi beg tu.......dan.....ianya berisi.......paper beg........!


Owhhhh......misteri la pulak sampai guna 2 beg. Sebaik menjenguk isi paper beg tu, The Husband pun terus bersuara "besar kan sayang!". Mata macam tak percaya apa yang dilihat....takkan lah.....???? Sebaik paper beg diterbalikkan maka terkeluarlah isinya... Sah.....!!! The Husband belikan saya 2 ketul ROTI yang bersaiz JUMBO!



The Husbans: Roti ni bagus untuk kesihatan sebab banyak bijirin tau! Ok, malam ni awak takyah masak, saya nak buatkan sandwich macam kat Subway!

Bersambung...........

Sunday, March 27, 2011

Happy Meal

Menu di pagi Ahad yum! yum! Susu Anmum, Hash Browns, kiwi dan komik Mat Som untuk sarapan minda;p


Hampir terlupa betapa seronoknya membaca komik sebab dah bertahun tak beli ngeeeeee;p

Monday, March 21, 2011

Lat Kampung Boy sebuah Muzikal

Tengok Lat Kampung Boy sebuah Muzikal dekat Istana Budaya weee...


Macam ni la jarak antara tempat duduk dengan pentas


Watak-watak dalam Lat Kampung Boy....yang kiri emak Lat versi dah tua, yang kanan emak Lat masa mengandung 7 bulan ngeeeee.....;p


Ambik gambar dengan Lat dan Mrs Hiew..;p

Secara keseluruhannya Lat Kampung Boy sebuah Muzikal ni memang menghiburkan. Prop theater ni pun sangat la cantik, ditambah penggunaan costume yang cute miut! Kira tak rugi la redah hujan lebat nk sampai ke istana budaya tu ngehehe...





Thursday, March 10, 2011

The Wedding Reception

Disekitar majlsi resepsi pasangan adik beradik Kak Yong dan Dek Lin. Upsss....macam pelik je bunyiknya ek? Ngehehehe...sebenarnya majlis resepsi dua beradik ni dibuat serentak. Sangat lah cute bila tengok pasangan pengantin ni melangkah masuk dewan. Masa ni air mata pun start la bergenang. Bukan apa, tiba-tiba teringat zaman main basikal sama-sama, main game sama-sama, tertinggal bas sekolah sama-sama, tuisyen sama-sama. Wahhhh.... banyak sangat pulak kenangan sama-sama yang melintas dekat fikiran masa tu. Apa pun, semoga bahagia dunia akhirat ek Kak Yong ngan Dek Lin:')

Masa ni mata tak berkelip tengok baju pink yang pengantin pakai, sangat la sweet!!!


Tak dapat pakai crown macam pengantin, letak sunglass je lah atas kepala;p


Kak Yong dan Dek Lin


Antara tetamu VIP yang hadir (sebab boleh bawak transport masuk dewan ngehehe;p) Nasib baik mak bapak dia jaga, klau tak memang dah kena gigit si kembar nih...


Yang ni bakal pengantin dan bakal mak orang;p

Nasik Arab Mania

Sepanjang minggu lepas sampai 3 kali dinner dekat restoran arab. Semuanya gara-gara The husband yang dah ketagih nasik arab. Mula-mula dia cerita dekat cafĂ© ofis ada bukak kedai baru, satu kedai arab, satu lagi kedai lubnan. Katanya makanan dekat situ tak berapa sedap, kuahnya masam, cuma nasiknya je puas hati sebab banyak menggunung. Tapi lepas dari haritu, tiap kali ditanya “lunch apa siang tadi?”, jawapannya mesti “nasik arab” atau “nasik lubnan”. Aitttt…????;p

Selang beberapa hari The husband beriya nak belanja emak dinner (yay!!!!), tapi katanya tak tau nak makan kat mana (pulak…). Lepas tu dengan wajah ala-ala cover line dia pun tanya dekat mana ada restoran nasik arab yang sedap? Hahahaha….kantoi!!!! Maka bermulalah episode makan nasik arab 3 hari berturut-turut weee…!


Diantara menu yang dipesan Mandy chicken, Lamb Soup Fattah, Layered Bread, Ayam ni dah lupa nama ngeee;p, dan Teh Pudina


Hari pertama kitorang pegi dengan emak. Tapi masa ni lupa nak ambik gambar sebab rancak sangat berborak ngeeee;p Keesokan harinya The husband bagi hint lagi dengan membuka cerita betapa sedapnya rasa nasik arab dengan aroma exotic yang di pakejkan dengan ayam yang empuk dari luar sampai ke dalam. Bila dah sepanjang petang cerita pasal nasik arab tu maknanya wajib pegi la tu kan? Dan….hari berikutnya pak mertua pulak call, katanya nak belanja kitorang makan nasik arab (ni sah emak yang promote kat abah ni ngehehehe;p). Masa ni pun tak ambik gambar sebab segan ngan pak mertua wek;p

Secara keseluruhannya rasa makanan arab ni sedap sebab nasiknya yang lembut/peroi dan ayam@kambingnya di masak empuk sempurna dan kaya dengan rasa rempah ratus. Tapi sayangnya set makanan yang di hidangkan tak berkuah, cuma didatangkan dengan sambal (ala-ala sambal belacan tapi banyak tomato). Nak tau kenapa kitorang makan 3 hari berturut-turut je dan bukannya 4 atau 5 hari? Sebabnya saya akan habiskan seteko teh pudina bersaiz L dengan nyamannya setiap kali datang ke sana, mau pening baby dalam perot ni layan caffeine kalau kitorang pegi tiap-tiap hari ngeeeee;p