Wednesday, December 26, 2012
Petua Sedut Hidung Baby dan Jangka Hayat Ubat
Sedihnya bila anak selsema. Setakat hingus meleleh-leleh boleh gak kita tolong lapkan. Tapi bila tengah-tengah malam hidung sikecik ni start tersumbat nak buek camno lak milah oi???? Baby bukannya reti nak hembus pun.
Ikot kata orang tua dulu-dulu diorang suruh sedut pakai mulut. Senang je caranya, rapatkan bibir dekat hidung baby lepas tu sedut. Buat ala-ala cara nak makan siput sedut masak lemak cili padi tuh..ngeeeee......;p Tapi memandangkan mummy takut hidung Afia yang lembut tu tercabut so mummy guna lah menatang nih, sama je pun fungsinya.
Sebenarnya dalam peti ais ada ubat selsema, tapi the husband tak bagi guna sebab tarikh yang tertulis dekat botol tu bulan 9 sekarang dah masuk bulan 12 pun. Takut dah expired. Last-last ke klinik lah jugak. Sambil-sambil doktor periksa Afia sempat jugak tanya pasal jangka hayat ubat dan jawapannya ialah
Doctor: "ubat yang dah dibuka botolnya boleh tahan sehingga 6 bulan".
Huh lama gak tahannya ek? Maknanya koleksi ubat dalam peti ais tu semuanya boleh guna lagi la..... Ok, tq doc!
Monday, December 3, 2012
Awoooooo....!!!!! Awooooo......!!!!!
Ahad lepas seawal pagi lagi kitorang dah terconggok dekat Book Xcess.
Tapi kali ni bukan sekadar untuk beli buku atau membaca secara percuma atau untuk bagi Afia tolong kemaskan rak buku macam yang selalu dia buat. Tujuan utama ialah untuk collect Preview Pass ke The Big Bad Wolf Book Sale yang papa menang haritu! Awoooooo....! Awooooo.....!!!!
*Tengah bayangkan 3 million buku yang akan dilonggokkan dekat MIECC dan........dengan diskaun 75-95%!!!!! Woohooooo!!!

Saturday, December 1, 2012
Sushi Train
Ini pertama kali Afia dibawak ke Sushi King. Selalunya papa borong sushi dekat Jusco je, murah ngeeeee;p Afia juga sangat baik. Walau excited tengok sushi train lalu lalang tepi meja, tapi Afia tak kacau pun. Good girl!
Sementara papa memancing sushi, Afia tolong order makanan lain.
Afia: Ok cara nak tengok menu makanan Jepun memang kena terbalik camni ye mummy dengan papa;p
Tuesday, November 20, 2012
Hantu Air
Ini lah contoh hantu air. Ciri-ciri hantu air ialah kalau dia dapat je peluang berendam atau main air dia takkan berenti selagi jari-jari tak kecut kerepot. Teeheee....jangan marah ye papanya, mummynya gurau je;p Tapi ni baru sesi pengenalan, setakat berendam manja dalam kolam kecik depan rumah je.....
Mummy! Mummy! Mummy! Mandi! Ok itu je ayat teruja yang keluar dari mulut budak setahun 4 bulan 19 hari ni bila pertama kali dibawak ke swimming pool dekat Putrajaya. Geram sangat dia tengok air melimpah ruah agaknya ngeeeee..... Bila dapat lepas je dari dokong, dia terus lari masuk air weeeee....!!! Tak takut langsung ok!! Mummy dengan papa lak gilir-gilir jadi lifeguard peribadi Afia...Like a boss!
*Tapi swimming pool kat Putrajaya ni akan di tutup setiap 2 jam sekali dan dibuka semula sejam kemudian ....ayok!
*Tapi swimming pool kat Putrajaya ni akan di tutup setiap 2 jam sekali dan dibuka semula sejam kemudian ....ayok!
Friday, November 9, 2012
Playtime!
Afia dah semakin cerdik sekarang. Bila boring je dia pun terus ambik kasut, lepas tu berdiri depan pintu sambil sebut "mummy jom!". Bila dah keluar ayat macam tu maknanya nak ajak keluar main la tu. Orite bebeh! Jom!! Dan.....Permainan yang paling sesuai untuk baby setahun lebih ialah..... Tada....!!
Cepat sikit naik ye papa, afia nak ambik mummy lak pasni
Camne nak gerakkan ketam nih?
Sila beri laluan, bomba nak lalu!
Sorry papa, bas ni untuk budak sekolah tadika je
Afia nak cari tarzen sekejap ye pa, byeee....
Choo! Choo!
Weehuuu!!!
Ok kenapa mainan ni sesuai untuk baby setahun lebih? Jawapannya ialah:1. Mainan ni tak bahaya, baby cuma perlu duduk dan dia begerak-gerak manja gitu
2. Menarik, sebab ada macam-macam bentuk (kenderaan, binatang, dsb) dan ada muzik jugak
3. Murah, sekali main Rm1 je. Kalau bawak masuk taman tema pun baby besar ni belum reti main lagi.
4. Persekitarannya selesa, sebab mainan ni kan ada dekat dalam shopping compleks berekon.
5. Menggalakkan imaginasi baby. Boleh pergi sekolah, tunggang kuda, naik keretapi, gi safari..kan?
6. Memudahkan pengawasan, perlu tengok je, tak payah nak mengejar sampai bepeluh ketiak
7. 2 in 1, sebab lepas layan anak main kita boleh shopping dengan makan terus teeheeee;p
Wednesday, October 3, 2012
Ice Cream Baik Untuk Ulser Mulut Baby
Tapi demam kali ni memang agak teruk, sampai bengkak-bengkak gusi Afia. Tu belum masuk bab ulser yang tumbuh dekat bibir dengan lelangit mulut. Kalau nak memuting pun pedih, makan lagi lah siksa. Bila diceritakan dekat doktor, dengan slumber doktor tu pun berkata...
Doktor : Balik nanti bagi baby makan ice cream ye.
Ok masa ni dah rasa cam kena tumbuk bebetol kat hidung. Free-free je kena perli dengan doktor. Kitorang memang slalu bagi Afia makan ice cream pun, tapi tak sangka la sampai demam cmni....duhhhh... Lepas tu the husband pulak bersuara...
The husband : Tu lah saya pun ada terbaca jugak benda sejuk elok untuk ulser mulut baby, supaya kebas. Tapi saya malas nak bagi tau dekat wife saya sebab dia mesti tak percaya.
Doktor : Bukan nak suruh bagi banyak, cuma nak bagi kebas je. Bila kebas tak lah sakit. Bila dah tak sakit takde lah baby takut nak menyusu lepas tu.
Ok, maknanya ice cream memang elok lah untuk baby yang kena ulser mulut ek? Bukan benda sejuk yang sebabkan panas dalam sampai jadi ulser ke? Owhh....kira mythbuster la ni? Baik! Jom pergi Jusco sekarang gak, kita tambah stok ice cream kat umah! Weeehuuuu......!!!!
Ice cream monster;p
Thursday, September 27, 2012
Kamus Perbendaharaan Kata Rey Afia
Alhamdulilah, harini umur Afia dah masuk 1 tahun 3 bulan 2 hari yay!! Afia sekarang dah semakin tinggi, dah bertambah sebatang lagi gigi dekat belah atas (total 3 batang gigi weeee!!!), dan dah semakin becok bercakap.
2 hari lepas tergerak untuk senaraikan perkataan-perkataan yang Afia selalu sebut dan hasilnya diluar jangkaan! Memang lah macam benda simple, tapi bila dikira dalam masa beberapa bulan je Afia mula bercakap dia dah boleh kuasai lebih 30 perkataan! Wow! Cepatnya dia belajar!
Ok, inilah diantara perkataan-perkataan yang Afia selalu sebut. Walaupun pelat tapi Afia rajin berusaha, mummy bangga sangat! Lagi pun ada lah modal nak mengajuk bila Afia dah besar sket nanti ngehehehe;p
Bahasa Afia BM / BI
Owh satu lagi perkara penting yang tak harus dilupakan ialah perkataan pertama dan ayat pertama yang Afia sebut! Perkataan pertama Afia ialah "Mama" dan ayat pertama Afia ialah "nom shu baby" yang bermaksud "baby nak minum susu"! (Afia sebut ayat ni masa mummy nak bagi dia susu kat dalam buai) Indahnya jadi mummy.... Teeheee......;p

- Nak Nak
- Nak nak Tak nak
- No no No
- Jom Jom
- Papa Papa
- Ami/Mimi/Mummy Mummy
- Atok Atok
- Nom Minum
- Mamam Makan
- Didi Gigi
- Asyom Assalamualaikum
- Biby Baby
- Kakak Kakak
- Ca cak Cicak
- Ish Fish
- Gog Dog
- Cat Cat
- Syet Sakit
- Kak Bukak
- Top Tutup
- Ashok Masuk
- Teng Puting
- Bibit Rabbit
- Popok Keropok
- Babab Pukul
- Up Bangun
- Shu Susu
- Tek Cantik
- Bye bye Bye bye
- Toh Jatuh
- Dok Duduk
- Ball Ball
- Bubum Tidur
- Nah (*memberi sesuatu) Nah
- Bok Bird
- Syom Cium
Owh satu lagi perkara penting yang tak harus dilupakan ialah perkataan pertama dan ayat pertama yang Afia sebut! Perkataan pertama Afia ialah "Mama" dan ayat pertama Afia ialah "nom shu baby" yang bermaksud "baby nak minum susu"! (Afia sebut ayat ni masa mummy nak bagi dia susu kat dalam buai) Indahnya jadi mummy.... Teeheee......;p
Tuesday, September 18, 2012
Mari Belajar Main Gitar Bersama Cikgu Pia
Ini lah aktiviti yang selalu dilakukan oleh dua beranak ini apabila ada masa lapang. Kalau tak main ukulele mereka akan main gitar. Sempena cuti hari Malaysia semalam cikgu Pia sempat ajar papa main gitar lagu Negaraku. Baik, mari kita mulakan!
Ok, pertama sekali cikgu Pia nak ajar papa tuning gitar dulu ye. Macam ni caranya ye papa.
Lepas tu kitar belajar strumming pulak. Eh kenapa tak keluar bunyi ni?
Ok sekarang bagi pick gitar tu, biar cikgu Pia ajarkan cara nak main lagu Negaraku.
Ha macam tu lah caranya.....! Takkan senyum aje kot, coklat-coklat takde ke?
Ok, pertama sekali cikgu Pia nak ajar papa tuning gitar dulu ye. Macam ni caranya ye papa.
Lepas tu kitar belajar strumming pulak. Eh kenapa tak keluar bunyi ni?
Laaa patut la....lain kali masa tengah strumming mata kena pandang dekat sana ye papa.
Ha macam tu lah caranya.....! Takkan senyum aje kot, coklat-coklat takde ke?
Thursday, September 13, 2012
Hadiah buat orang yang tak puas beraya
Macam suram je rasanya raya kali ni. Tak macam tahun-tahun yang lepas, pantang cuti mesti jadual penuh dengan undangan rumah terbuka. Tahun ni bulan-bulan raya pun masing-masing busy dengan kerja. Tapi agaknya tuhan dengar keluhan kecil dalam hati ni. Semalam lepas habis meeting dekat Menara Petronas Kota Kinabalu diorang ajak join Open House weehuuu!!! Terima kasih Allah:)
Terima kasih Kuanmin dan Hestie sebab bersungguh mengajak, siap sanggup hantar ke airport lagi lepas dijamu dengan makanan raya:) Best bila dapat client yang humble dan sweet macam diorg nih. Wink! Wink!

Saturday, September 8, 2012
Raya Afia Style
Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!! Ni lah Kad Raya kitorang tahun ni, temanya sebulan selepas berpuasa vs sebulan selepas beraya. Cute tak? Ngehehehehe;p Ok lah, nak tau macam mana Raya Afia Style? Jom! Weehuuu!!
Ini merupakan tahun kedua Reyhana Afia beraya weee!!!! Color tema baju kali ni purple dan inilah baju kurung pertama Afia. Memandangkan Afia belum ada adik so dia boria dengan kakak sepupu je lah.
Diantara gambar yang sempat diambik masa pagi raya dekat rumah opah......
Inilah gambar raya keluarga comel kitorang untuk edisi raya 2012. Comel sebab ahlinya cuma 3 orang ngeeee;p
Afia dengan sepupu-sepupunya dan opah. Nak jugak tu tesengeh tunjuk gigi dua batang...
Bukan main seronok lagi Afia bila dibawak beraya. Masa orang lain tengah rancak berborak dia pun rancak gak menyelongkar mainan ngeeee;p
Tu belum masuk bab pergi rumah terbuka lagi. Bila dihulur makanan si kecik ni mesti nak makan sendiri. Phewwww......ni kalau buat program Jalan-jalan cari makan agak-agak naik tak rating?
Lantai dah melekit lah aunty, mintak maaf zahir batin ye..... Raya tak boleh marah-marah tau. Kbye........

"Ok kueh raya sekelian sila shu! shu! go away! Meja ni Afia punya!"
Mentang-mentang lah semua orang sayang, slumber je dia panjat meja lepas
tu siap menyanyi-nyanyi lagi. Bukan main bergangnam style lagi dia. Ayok.....;p
Kiss untuk peminat!
Tu belum masuk bab pergi rumah terbuka lagi. Bila dihulur makanan si kecik ni mesti nak makan sendiri. Phewwww......ni kalau buat program Jalan-jalan cari makan agak-agak naik tak rating?
Lantai dah melekit lah aunty, mintak maaf zahir batin ye..... Raya tak boleh marah-marah tau. Kbye........
Subscribe to:
Posts (Atom)