Sempena hari lahir Afia yang pertama saya nak kongsikan kisah paling manis dalam hidup saya. Kisah kelahiran my little cupcake Reyhana Afia binti Hairul Nizam... Happy viewing!
Setelah 41 minggu 3 hari memegang title "Mak Buyung", akhirnya Reyhana Afia binti Hairul Nizam selamat di lahirkan pada 25 June 2011 di Hospital Serdang Weeehuu...!!! Tapi cerita kelahiran ni tak la sesimple macam yang selalu diceritakan mak-mak kita dulu... Kronologinya macam filem romantic comedy pun ada jugak, ala-ala "kisah satu malam" macam filem Man Laksa pun ada jugak. Rasanya kalau di novelkan ada orang nak beli tak? Ngeeee....;p
Dipendekkan cerita.....
24 June 2011 (7.30 pagi)
Sebenarnya, si kecik ni patut lahir harini secara induce sebab dah overdue 9 hari. So dengan semangat berkobar-kobar, saya pun menyerah diri seawal morning di wad bersalin. Tapi dengan slumber penyu doktor inform "harini katil penuh la, esok datang balik. Tapi esok kalau penuh jugak awak kena bersalin dekat Hospital Kajang". Erkkkkk................????????
24 June 2011 (10 pagi)
Huwargghhhhhh...!!!! Nak bersalin harini jugak, tak peduli!!! Ok, tu je la ayat yang keluar dari mulut sepanjang pagi lepas kena reject tadi. Dan mangsa yang terpaksa menadah telinga tentu saja lah the husband yang gagah berani Ngeheheheh;p
24 June 2011 (12 tengahari)
Kerana bimbang telinganya bakal cair sedikit demi sedikit, maka the husband menggula-gulakan saya dengan ajakan ke Jusco Cheras Selatan (tak boleh pergi jauh-jauh, nanti ada yang terberanak dalam kereta pulak kang!). Saya apa lagi...Lets go bebeh!! You memang memahami Ahak;p
24 June 2011 (1 petang)
Movie Marathon time!!!! Aktiviti di mulakan dengan menonton filem Super 8 (yang tak berapa nak best) dan diikuti dengan Pirate of The Caribbean (yang ni best hingga menjilat jari!)
24 June 2011 (8 malam)
Malam tu kitorang makan Grilled Chicken Burger McD dengan Strawberry Banana Krushers KFC. Nyum! Nyum!....Heaven!
24 June 2011 (11.45 malam)
Keletihan... setengah hari berjalan bawak perot, sekarang masa untuk Zzzzz.....Tapi tak sempat lagi nak lelapkan mata tiba-tiba kena senggugut la pulak...... Aittt sejak bila pulak orang pregnant boleh pireod? Ayok! Contraction!!! The husband punya lah berusaha pujuk nak bawak pergi hospital, tapi mana boleh pergi cepat-cepat kang kena halau macam tadi camne?
25 June 2011 (4 pagi)
Huyoooo.....makin lama sakit perot ni makin menjadi-jadi la pulak sampai ada scene tolak dinding. Ok la, ok la, kang retak pulak dinding rumah ni. Jom!
25 June 2011 (4.20 pagi)
Doktor : Bukaan dah 5cm ye
Saya : Ok (muka berseri-seri sebab confirm dapat bersalin harini;p)
Doktor :Saya nak pecahkan ketuban awak supaya proses kelahiran lebih cepat
Saya :Ayok...sakit tak doktor?(time ni kalau kena toreh pun tak berdarah ok, pucat!)
Doktor :Tak sakit, sikit saja
Fuh lega.....tapi tak semena-mena nurse pulak menyampuk
Nurse :Mesti la sakit kalau nak cepat...
*tepukan gemuruh untuk nurse ni sebab menggunakan ayat "paling membina".
25 June 2011 (8.06pagi)
Uwakkkkkkkk........!!!!! Uwakkkkkk....!!!! Syahdu sekejap......Alhamdulilah, tepat pukul 8.06 pagi suara tangisan pertama Reyhana Afia pun bergema. Afia selamat di lahirkan secara normal dengan berat 3.45kg Yay.....!!!
Maka dari saat tu bermulalah episod pengembaraan Afia diatas muka bumi dengan bimbingan Papa dan Mummy..... Love! Love!
Monday, June 25, 2012
Tuesday, June 12, 2012
6 jam di Kota Kinabalu
June adalah bulan yang produktif dan memenatkan dalam tahun ni, tapi alhamdulilah segalanya berjalan lancar. Minggu lepas kena pergi kick off meeting dekat Kota Kinabalu Weehuuuu...! Bunyinya macam best, tapi sebenarnya kena balik hari Huwarghhhh....!!! Walau pun tak sempat nak cuci mata tengok Gunung Kinabalu yang diselimuti kabus berkepuk-kepuk atau bersnorkling dekat pulau-pulau cantik, tapi 6 jam yang ada dapat dimanfaatkan sebaiknya. Chayok! Chayok!
Aktiviti yang berjaya dibuat dalam masa 6 jam di Kota Kinabalu
1- Pergi meeting dekat Menara Petronas
2- Mabuk mutiara dekat Pasar Filipina
3- Beli kuih cincin dan amplang sebagai survenir
4- Memborong udang kering, ikan bilis dan ikan masin macam kat semenanjung dah tak ada pasar
5- Berborak dengan pemandu teksi tentang tempat-tempat menarik untuk dilawati
*tapi sedihnya pemandu teksi kenakan charge dua kali ganda dekat pelancong. Tak baik bah...!!
Aktiviti yang berjaya dibuat dalam masa 6 jam di Kota Kinabalu
1- Pergi meeting dekat Menara Petronas
2- Mabuk mutiara dekat Pasar Filipina
3- Beli kuih cincin dan amplang sebagai survenir
4- Memborong udang kering, ikan bilis dan ikan masin macam kat semenanjung dah tak ada pasar
5- Berborak dengan pemandu teksi tentang tempat-tempat menarik untuk dilawati
*tapi sedihnya pemandu teksi kenakan charge dua kali ganda dekat pelancong. Tak baik bah...!!
Subscribe to:
Posts (Atom)