Tapi demam kali ni memang agak teruk, sampai bengkak-bengkak gusi Afia. Tu belum masuk bab ulser yang tumbuh dekat bibir dengan lelangit mulut. Kalau nak memuting pun pedih, makan lagi lah siksa. Bila diceritakan dekat doktor, dengan slumber doktor tu pun berkata...
Doktor : Balik nanti bagi baby makan ice cream ye.
Ok masa ni dah rasa cam kena tumbuk bebetol kat hidung. Free-free je kena perli dengan doktor. Kitorang memang slalu bagi Afia makan ice cream pun, tapi tak sangka la sampai demam cmni....duhhhh... Lepas tu the husband pulak bersuara...
The husband : Tu lah saya pun ada terbaca jugak benda sejuk elok untuk ulser mulut baby, supaya kebas. Tapi saya malas nak bagi tau dekat wife saya sebab dia mesti tak percaya.
Doktor : Bukan nak suruh bagi banyak, cuma nak bagi kebas je. Bila kebas tak lah sakit. Bila dah tak sakit takde lah baby takut nak menyusu lepas tu.
Ok, maknanya ice cream memang elok lah untuk baby yang kena ulser mulut ek? Bukan benda sejuk yang sebabkan panas dalam sampai jadi ulser ke? Owhh....kira mythbuster la ni? Baik! Jom pergi Jusco sekarang gak, kita tambah stok ice cream kat umah! Weeehuuuu......!!!!
Ice cream monster;p