Friday, January 27, 2012

Owh Kita Dah Kawin Ek?

Pagi tadi masa tengah beli nasi lemak ternampak (nampak sipi-sipi sebab tengok dengan ekor mata=p) ada beberapa orang lelaki dengan baju skema (sah orang gomen!) datang nak beli nasi lemak dekat situ jugak. Lepas tu bila dah dekat rasa cam kenal je bau minyak wangi nih... Bila toleh tepi je.... Sah! The Husbank and the geng yang berdiri kat sebelah. Tak semena-mena degupan jantung jadi kencang, slow-slow badan jadi hangat bermula dari kaki lepas tu naik sampai ke muka. Rasa macam ada love love merah beterbangan di angkasa, dan saya pun tersiput-siput malu bila di sapa. Lepas tu tanpa berlengah lagi saya pun terus bayar nasi lemak yang kakak tu hulurkan dan bawak kereta laju-laju meninggalkan The Husband dekat situ.

Bila dah sampai ofis baru terfikir.... Aittt kenapa pulak nak malu? Kan dah kawen? Bukannya tengah becinta pun nak malu-malu depan orang? Erkkkkkk......agak-agak kawan-kawan The Husband nampak tak muka aku yang tengah blushing + malu-malu kucing time terserempak dengan husband sendiri tadi? Ok rasa nak pengsan.. Huwarrrgggghhhhh.....malunya!!! Ok nak nyorok, bubye..

2 comments:

  1. APAKAH KEAJAIBAN INI? Sendiri lupa dah kahwin? Tapi tapi tapiiii sweetnya! :'D

    ReplyDelete
  2. ngeee....sila jangan contohi perangai saya;p

    ReplyDelete