Friday, February 1, 2013

Aktiviti Anak Beranak Di Hari Cuti

Cuti sempena hari Thaipusam dihabiskan dengan aktiviti makan-makan. Pagi-pagi lagi papa dah tunjuk bakat masak kacang pool (tapi bahan-bahan semua mummy dah siapkan, papa tumis je teeheee;p). Sebenarnya ni pertama kali kitorang anak beranak cuba masak dan makan kacang pool dan hasilnya sungguh menggiurkan.

Disebelah tengahari pulak kitorang makan dekat The Mines. Sementara nak tunggu makanan sampai Afia sempat hiburkan hati kitorang dengan bermain drum menggunakan chopsticks. One two, one two, katanya.

Papa pun gembira harini sebab setelah 2 bulan menunggu akhirnya tshirt Black Sabbath dapat jugak dipakai.

Owh tengok la tu, Afia akan buat muka ala-ala kucing bila orang tak suap dia. Tapi kalau hadapkan makanan sepinggan gerenti semua terbang masuk kolam.   
Bila dah kekenyangan dan keletihan kitorang pun balik layan movie dan tidur. Sekian:)


No comments:

Post a Comment