Tuesday, January 19, 2016

Hari Pertama Afia di Kindergarten!


Selamat tahun baru 2016!!!! Ke dah basi? Hahahahaha........... Insyaallah tahun ni merupakan di antara tahun yang paling manis sebab Afia dah masuk kindergarten!!!! Wohoooo......!!!! Woot! Woot! Abaikan ke excitetan mummy Pia, sbb biasa la tu kaum ibu secara automatiknya akan jadi tak tentu arah bila ada benda2 penting berlaku kepada anaknya. Nak contoh? Ok ibu2 akan terover gembira bila anak 1st time berjalan, 1st time makan sendiri, malah anak 1st time berak taik gagak pun kaum ibu boleh melelehkan air mata bangga campur gembira tahu?          
Ok berbalik kepada cerita hari pertama Pia masuk kindergarten. Memandangkan kitorang (Papa, Mummy, Pia, Dani) sampai terawal 20 minit, jadi kitorang lepak dekat bilik menunggu. Dekat situ je pun Pia dengan Dani dah riang gembira sgt sebab ada lego bersize “batu bata sebenar” disediakan. Apa lagi, bergotong royong lah dua beradik tu mengerjakan lego. Lepas tu dekat-dekat nak start kelas papa Pia pun tanya lah cikgu yang lalu lalang dekat mana kelas utk 5 tahun, cikgu tu pun jawab dekat tingkat atas. Ok di sinilah bermulanya episode mummy jakun. Lawa rupanya kindergarten bebudak sekarang ek? Ruang luas, banyak mainan interaktif sepanjang koridor nak ke kelas. Em....tapi ni baru koridor. 
Bila masuk kelas hambek kau kitchen cabinet mainan dia gedabak besar. Peralatan masak mengalahnya yang ada kat dapur rumah. Yang lain-lain tu biasa lah, ada loker peribadi, ruang belajar depan white board, meja kerusi macam dlm kelas Upin Ipin, ruang membaca, toilet. 
Segalanya indah pada mulanya, namun langit tak selamanya cerah. Bila ibu bapa lain mula keluar sebaik kelas bermula, Pia pun start lah pegang tangan mummy kuat-kuat tak bagi keluar. Haisemen aku dah agak dah! Nasib baik ada sorang lagi budak buat perangai sama mcm Afia, tapi dia lg dramatik sebab ada scene air mata hahaha....  Takpe lah Nak, nama pun 1st day, mummy layankan lah. Maka mummy pun duduk lah bersila mengadap white board bersama-sama murid yang lain. Ok masa ni dah dapat baju sekolah so Pia pun terus tukar baju.

Haihh gundah gulana ku rasa bila nampak parent lain tersenyum tinjau anak masing-masing dari cermin tingkap. Korang ingat aku tak tau korang sebenarnya nak tergelakkan aku? Takpe-takpe, sayang anak punya pasal. Selang 10 minit bila Pia mula selesa dia pun lepaskan tangan, dah tak pegang mummy dah. Maka mummy pun slow2 duduk atas kerusi dekat sebelah white board. Memula Pia lambai-lambai jugak suruh duduk bawah balik tapi sori lah Nak, mummy dah khatam tadika 20++ tahun lepas. Kamu je lah bersila di situ ya? Dan yang lagi best bila pembantu kelas datang bawak sedulang air milo huhuhu.... Ini peluang namanya. Masa diorg tengah baca doa makan mummy pun jadi catwoman menyelinap keluar dari kelas. Terima kasih milo sbb menyelamatkan keadaan hahaha... (ok part ni boleh jual dekat “milo” buat iklan;p).   
Dalam aku meninjau-ninjau Pia dari cermin tingkap air mata bergenang, sebak. Dah sekolah baby girl mummy. Terima kasih Allah. Aku lah manusia paling gembira haritu. Ok baru sedar cerita ni sebenarnya pasal emosi aku, bukan pasal Pia hahaha..... Xpe la, next time kita cite pasal Pia lak ek ngeeee;p
Ok kantoi....ingatkan mummy dengan papa je sedih, rupanya dani pun sedih sob-sob...

Monday, April 7, 2014

Baby Songsang dan ECV

Menghitung hari. Kalau ikutkan due date, baby ni patut dah lahir 3 April 2014 haritu. Uitt macam pernah dengar je tarikh tu ngehehehe;p

Tapi alhamdulilah sebab segalanya berjalan lancar. Cuma 3 minggu lepas je lah yang siksa sket sebab terpaksa buat External Cephalic Version (ECV). Apa tu ECV??? ECV tu satu kaedah  untuk membetulkan kedudukan baby yang songsang.Yup baby yang dalam perut ni memang songsang. Darjah kesongsangannya pun agak extreme, bahagian bontot kat bawah dan bahagian kepala dekat atas. Dan yang paling best masa scane 26 minggu, bontot baby dah turun pun. Hahaha cam confidern je kan nk keluar bontot dulu kan? Sabar je lah.

Sebenarnya ada 3 pilihan kalau baby kita songsang samada nak buat ECV atau c-zer atau bersalin normal. Tapi memandangkan Afia dulu pun beratnya 3.45kg masa lahir so doktor jangkakan baby kedua ni insyaallah lagi berat dari tu wuwuwwu.... Kalau baby kecik takde masalah untuk lahirkan secara normal walau pun kedudukan songsang kata doktor. Tapi kalau baby besar memang berisiko. Jadi awal-awal lagi option untuk bersalin normal kitorang tolak ke tepi. Sekarang tinggal 2 pilihan. Lepas dah berbincang dengan doktor n the husband, kitorang pun ambik keputusan untuk cuba kaedah ECV. Tapi ECV ni pun ada risikonya jugak. Doktor cakap ada kemungkinan tali pusat terbelit dekat leher baby, atau uri lekang atau heartbeat baby tetiba jadi lemah atau tetiba ketuban pecah, apa lagi ek? Kalau tetiba jadi benda-benda tu maknanya kena terus c-zer la jawabnya.

Ok untuk buat ECV ni 1st sekali doktor monitor dulu heartbeat baby. Lepas tu doktor scane kedudukan baby. Bila semuanya ok, doktor pun start la lumur tangan dia dengan ultrasound gel. Dengan penuh gaya doktor tekan jari  tangan kanan dia dekat area ari-ari n jari tangan kanan dekat perot bahagian atas, lepas tu tekan n pusing!  Wohoooo.....rasa dia memang terbaik lah! Stok terangkat-angkat kaki. Meleleh air mata! 

Ok percubaan pertama kelaut. Lepas 15 minit "tekan + pusing + scane", "tekan + pusing + scane", kedudukan baby macam tu jugak, tak berganjak. Lepas tu doktor cakap nak try pusing ikut arah bertentangan lak. Ayok...pasrah! Kalini punya lah kuat doktor tekan dekat area ari-ari sebab nak angkat bontot baby yang dah turun kebawah. Cuba punya cuba akhirnya berjaya. Weeee!!!!! Owh sebenarnya belom wee lagi sebab tak boleh balik terus, lepas 4 jam nak kena monitor jantung baby lagi sekali ngehehehe........

Alhamdulilah lepas seharian duduk hospital segalanya sukses. Tapi sebelum balik tu nurse pesan suruh doa banyak-banyak supaya baby tak pusing balik. Ayok boleh la pulak!  

 Ni gambar masa pregnant 6 bulan, sebelum bertukar ke size dinosaur;p

Ni pulak bodak yang dah nak jadi kakak!

Friday, August 2, 2013

Jalan-Jalan Cari Ikan!

Bulan puasa ni asik duduk rumah je, nak keluar pun malas. Kesian Afia kena memerok, paling jauh bejalan pun pergi umah nenek dia yang jarak cuma 5km.

Nasib baik seminggu sebelum puasa aritu sempat bawak Afia jalan-jalan dekat Aquaria KLCC. Memula dia takut kemain, sepanjang jalan pelok papa. Tekejut agaknya tengok size ikan besar dari badan dia. Dah lama-lama baru la boleh melekat dekat cermin kira ikan. Tu pun papa kena duduk sebelah.

Paling best masa lalu kat tunnel, memasing jerit "shark!" "shark!", Afia pun jerit "shark!" gak tapi jari tunjuk kat penyu teheeee;p

 

Lepas keluar tunnel Afia terus tetido. Alahai....baru ingat nak tawaf lagi skali, balik je lah papanya.... Tapi masa nak keluar tu staff Aquaria bagitau "eh rugi la balik sekarang bang, setengah jam lagi nak bagi shark makan". Em....cam menarik je bunyinya! Sudahnya mummy ngan papa yang layan lagi seround ngehehe;p 

 
Peserta rombongan sekolah melawat Aquaria...eh!


Ni lah rupa "shark" Afia teheeee;p


Alien berkepala transparence;p

Baru tau yang papa Afia suka obor-obor rupanya. Nasib baik bukan mermaid;p 

Makan time.....!!!!

 Owh ye, sejak dah masuk umur 2 tahun ni Afia dah tak mau duduk kat pangku mummy setiap kali naik kereta. Dia mesti nak duduk sendiri. Siap pakai sunglasses ok. Kemain lagi!

Friday, July 19, 2013

A Little Party

Pejam celik dah 10 hari puasa, tapi bazaar ramadan pun tak sempat nak jengah. Rugi wooo kalau sampai tak pegi langsung, bukan senang nak dapat popia basah terbaik macam kat bazaar Seri Serdang ngehehehe;p Lepas sahur pagi tadi sementara golek-golek layan mata sempat menggodeh gambar birthday Afia, dah besar anak mummy rupanya.

25 Jun aritu umur Afia genap 2 tahun. Yayyy...!! Birthday Afia tahun ni jatuh pada hari Selasa. Emm...pepaham je lah kalau dah hari keje tu, mana sempat nak buat party beriya. Sudahnya lepas maghrib kitorang angkut lah cake pergi umah opah.

Birthday cake pun mummy buat sendiri je. Balik keje baru nak start deco, tu yang rupa macam cucuk sanggul teheeee;p 


Pizza lak papa buat. Eceh ceh....ye la tu papa buat. Papa tukang bayar je, pizzanya kedai yang tolong buatkan. Gambar makan takde sebab lepas potong kek papa Afia terus masuk dapur makan nasik lauk sambal sotong. Pizza ni nak suruh angry bird atas cake tolong habiskan agaknya...


Ok ni lah birthday girl nya, senyum lebar sampai telinga. Tengah2 posing sempat pulak dia calit cream masuk mulut...  Hep!

Buat birthday "terkejut" pun dapat hadiah ek? Terima kasih paksu ngan maksu!



Thursday, June 13, 2013

Play-Doh Pertama Afia

Teringat masa mengandung Afia dulu, suka betul tengok Junior MasterChef Australia. Puas lah the husband mendownload, bini mengidam la katakan teheee..... Tapi sekarang ni kalau teringin tengok budak masak dah tak payah mengadap tv  sebab dekat rumah dah ada Junior Chef  sendiri ngehehehe....

Pantang dengar bunyi kelentang kelentung dia terus berlari masuk dapur. Bila kita nak masak nasi dia lah yang jadi tukang cuci beras. Bila kita nak menumbuk bawang dia lah yang akan pegang anak lesung dulu. Kalau ikut hati memang lah seronok.  Tapi Junior Chef kat umah ni umur belum masuk 2 tahun pun lagi, kang tepegang kuali panas kang satu hal la pulak. 

Bila hari-hari tengok mummy dengan Afia dok berebut sudip papa lak yang risau. Last-last dia belikan Afia dapur sendiri weeee!!!! So sekarang kitorang dah tak rebut sudip lagi sebab mummy dah dapat keje baru jadi tukang uli play-doh;p






Monday, June 3, 2013

Afia yang kuat menggeliat

Sekarang kitorang (the husband and me) tengah berusaha ajar Afia duduk elok-elok kat stroller bila keluar bejalan. Tu la masa dia kecik punya lah sayang nak suruh dia duduk sendiri, asik di dukung je. Ha sekarang bila budak tu dah pandai berlari, mengah nak mengejar.

Dukung pun sekejap-sekejap je dia nak, lepas tu mula la menggeliat-geliat cam jimnas tengah buat aksi akrobatik. Tu belum dengar mulut becok dia becakap bahasa jerman nak mintak turun teheeee......


Masa awal-awal papa relax je la dokong Afia, siap boleh gelak-gelak lagi. Tapi lepas setengah jam.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Terus terduduk ngehehehehe....!!!! Takpe, lepas ni kita main geliat-geliat dalam stroller lak ek baby;p


Tuesday, May 28, 2013

Bedtime Battles


Sejak dua menjak ni papa busy kat ofis. Bila papa busy dia jadi penat, bila penat dia tido awal, bila papa tido awal Afia yang seronok. Kalau biasanya Afia tidur pukul 9 malam, tapi sekarang ni pukul 12 malam pun belum tentu dia nak tidur lagi. Duh....tabah mummy...tabah!
 
Bila diajak tidur, mula lah dia nak main masak-masak lah, nak main game lah, nak tengok upin ipin lah. Mula-mula tu kononnya tak nak layan, terus je masukkan dia dalam buai lepastu selawat mendayu-dayu. Em...harapan.... slumber je dia buat muka sadin sambil main telinga bebit (rabbit busyuk).

Ayok... agaknya klau dodoi guna lagu Yuna dia tido kot? Dengan penuh kasih sayang mummy pun start la nyanyi  "Jika engkau minta, intan permata, tak mungkin ku mampu" tiba-tiba tedengar suara dari dalam buai "ning! ning!". Haihhhh kita nyanyi dia buat sound effect la pulak!!!!!!

Ok, klau Afia tak mau tidur biar mummy je lah yang tido. Emmm hampeh gak....ingatkan bila kita tidur dia pun ikut sama,  tapi dia relax je meniarap atas sofa sambil layan upin-ipin dari satu tajuk ke satu tajuk. Mentang-mentang dah pandai guna ipad sendiri. Kejap-kejap kang dengar dia ulang dialog "betol, betol, betol", tak lama lepas tu dia sebut pulak "saya suka, saya suka". Ngehehehe...mummy cair..... Last-last mummy yang join sekaki tengok upin-ipin teheeee....

video

Terukir Di Bintang versi Afia.Camni lah dia nyanyi masa dalam buai, mummy nak marah pun tak jadi.