Monday, March 11, 2013

Mary Poppins

Yup, sangat susah untuk nampak saya tukar-tukar handbag.  Sebabnya  setiap kali tukar saya akan kehilangan barang teheeeee;p

Sebenarnya takde benda yang hilang pun, cuma tertinggal dalam handbag yang lain. Ye la katakan masa dekat kaunter, bila dah nampak orang Q panjang dekat belakang takkan kita nak terkial-kial bukak wallet, susun duit, susun member card, simpan syiling. Hello! Campak je la dalam poket handbag tu, sampai rumah kang susun la cantik-cantik....kan? Tapi biasanya bila dah sampai rumah handbag tu memang tak berusik pun...wink! Dan bila nak tukar handbag bukan main confident lagi capai wallet, capai handphone, capai lipstick, lepas tu jalan. Bila sampai masa nak membayar apa-apa baru teringat owh card dalam poket depan handbag satu lagi....syiling dalam poket tepi, kunci dalam poket dalam. Ayok, leceh kan?

So untuk memudahkan kerja, beli je handbag dari color selamat macam hitam / putih / coklat. Pastikan size handbag tu cukup besar untuk sumbatkan semua barang dan jadi lah macam Mary Poppins! ;p  

Ni satu lagi penyebab barang selalu hilang, sebab ada tukang kemas!



Monday, March 4, 2013

Move On

Apa boleh berlaku dalam seminggu? Segala-galanya....

Minggu lepas adalah minggu gembira sebab dua jalur muncul masa buat pregnancy test, alhamdulilah.... Minggu lepas juga ucapan tahniah bertalu-talu masuk, terima kasih pada semua:) Tiba-tiba minggu yang gembira bertukar suram selepas disahkan keguguran.... Tapi yang pastinya minggu lepas membuatkan kami sekeluarga lebih kuat dan lebih menghargai antara satu sama lain.