Wednesday, December 26, 2012

Petua Sedut Hidung Baby dan Jangka Hayat Ubat



Sedihnya bila anak selsema. Setakat hingus meleleh-leleh boleh gak kita tolong lapkan. Tapi bila tengah-tengah malam hidung  sikecik ni start tersumbat nak buek camno lak milah oi???? Baby bukannya reti nak hembus pun.

Ikot kata orang tua dulu-dulu diorang suruh sedut pakai mulut. Senang je caranya, rapatkan bibir dekat hidung baby lepas tu sedut. Buat ala-ala cara nak makan siput sedut masak lemak cili padi tuh..ngeeeee......;p Tapi memandangkan mummy takut hidung Afia yang lembut tu tercabut so mummy guna lah menatang nih, sama je pun fungsinya.


Sebenarnya dalam peti ais ada ubat selsema, tapi the husband tak bagi guna sebab tarikh yang tertulis dekat botol tu bulan 9 sekarang dah masuk bulan 12 pun. Takut dah expired. Last-last ke klinik lah jugak. Sambil-sambil doktor periksa Afia sempat jugak tanya pasal jangka hayat ubat dan jawapannya ialah

Doctor: "ubat yang dah dibuka botolnya boleh tahan sehingga 6 bulan".

Huh lama gak tahannya ek? Maknanya koleksi ubat dalam peti ais tu semuanya boleh guna lagi la..... Ok, tq doc!

Monday, December 3, 2012

Awoooooo....!!!!! Awooooo......!!!!!

Ahad lepas seawal pagi lagi kitorang dah terconggok dekat Book Xcess.

Tapi kali ni bukan sekadar untuk beli buku atau membaca secara percuma atau untuk bagi Afia tolong kemaskan rak buku macam yang selalu dia buat. Tujuan utama ialah untuk collect Preview Pass ke The Big Bad Wolf Book Sale yang papa menang haritu! Awoooooo....! Awooooo.....!!!!

*Tengah bayangkan  3 million buku yang akan dilonggokkan dekat MIECC dan........dengan diskaun 75-95%!!!!!   Woohooooo!!!

Saturday, December 1, 2012

Sushi Train

Ini pertama kali Afia dibawak ke Sushi King. Selalunya papa borong sushi dekat Jusco je, murah ngeeeee;p Afia juga sangat baik. Walau excited tengok sushi train lalu lalang tepi meja, tapi Afia tak kacau pun. Good girl!
Sementara papa memancing sushi, Afia tolong order makanan lain.  
Afia: Ok cara nak tengok menu makanan Jepun memang kena terbalik camni ye mummy dengan papa;p




Nampaknya misi menjepunkan Afia berjaya. Pantang suap terus licin! Yay....!
*Dia tak tau yang dalam perot dia ada salmon tengah berenang-renang tu teeheee...