Tuesday, January 29, 2013

Tahun baru dan Cara Afia Berkawan

Apa nikmatnya jadi isteri dan ibu yang takde pembantu rumah? Nikmat ke? Orang lain balik kerja boleh berehat tengok tv sambil minum teh o suam, tapi orang yang takde pembantu ni balik kerja kena cuci baju, kemas rumah, layan anak. Ye tak? Percaya atau tak, nikmatnya kita akan rasa selepas dah selesai semua kerja. Bila rumah dah bersih, bila kita dah ada masa nak mandi, bila kita dah ada masa nak main dengan anak, dan bila kita nampak suami selesa berehat dalam rumah yang bersih. Masa tu lah kita rasa sangat diperlukan dan kita akan rasa bahawa kita ada tujuan untuk hidup. Masa tu jugak segala penat lelah hilang dan boleh lah kita update blog pasal sambutan tahun baru 2013 yang dah tak berapa nak baru nih ngeeeee;p

Alhamdulilah, tahun 2013 dimulakan dengan gathering keluarga besar KKS. Orang yang paling excited mesti lah KKS junior. Semua lebih kurang sebaya, so masa ni lah diorang nak berkawan.


Afia sangat suka dengan budak kecik. Bila dia nampak ada budak kecik mula-mula dia akan senyum sambil buat gaya malu-malu meow sebagai intro. Lepas tu dia akan bagi apa je benda yang dia tengah pegang dekat budak kecik yang dia jumpa. Contohnya kalau dia pegang botol susu so dia akan hulurkan lah botol susu dia tu. Tapi masa gathering ni dia tengah pegang kereta mainan so dia pun hulur lah kereta mainan dia dekat budak yang dia bekenan. Lepas tu kalau respon baik dia pun memulakan langkah seterusnya. Kalau budak yang dia jumpa tu kecik sangat lagi, dia akan kiss sambil tepuk-tepuk tangan sambil sebut "meh okong" (meh dokong). Amboi! besar betol cita-cita teeheee...;p Tapi kalau budak tu dah besar sket dia akan main sesama. Kalau tak main pun Afia akan follow je apa yang kawan baru dia buat.

Nak dijadikan cerita masa gathering ni Afia kena pelok dengan si kacak Aidan sampai jatuh gedebuk. So lepas kejadian tu Afia terus bergerak secara solo. Main dengan kipas pun jadi lah ngehehehe;p