Tuesday, May 15, 2012

12 Fakta Tentang Rei Afia

                    
Wowwie....cepatnya masa berjalan! Pejam celik, pejam celik Afia dah masuk 10 bulan 20 hari Yay.....!!!! Si kecik ni memang sangat aktif ok. Setiap masa dia nak berjalan. Semua benda dia nak siasat. Dah macam detective Conan! Tapi Afia ni detektif versi yang suka tersengeh la Ngehehehe;p Ok lah, jom kita cek apa cik detective ni dah pandai buat sekarang ek 

Perkembangan Afia!

1- Seawal umur 5 bulan Afia dah pandai ambik puting, lepas tu masukkan puting tu dalam mulut sendiri. Lagi best bila tengok Afia raba-raba tangan dalam gelap (tengah2 malam) cari puting sampai dapat and dengan penuh gaya masukkan puting dalam mulut dengan mata terpejam. Tercengang papa dengan mummy tengok Afia boleh cari puting masa tengah tido. Ayok ini budak.....!
 
2. Masa umur 7 bulan Afia dah pandai sebut "bubye" sambil melambai-lambaikan tangan keciknya! Gewd job baby!!!

3- Selain pandai bubye, Afia juga mula pandai tepuk tangan masa umur 7 bulan. Setiap kali bertepuk dia akan buat muka cute sebab tau semua orang akan pandang dia ngeeeee;p

4- Afia mula belajar berjalan masa umur 9 bulan! Weehuuu.....!!! Dan part yang paling best ialah Afia tak pandai merangkak sampai sekarang Teeheeee...

5- Afia dah tak suka pakai headband. Setiap kali mummy pakaikan Afia mesti tarik, lepas tu slumber je dia campak headband tu dekat lantai, Amboi! Tapi memandangkan rambut Afia sekarang dah panjang, jadi mummy boleh buat ponytail lak! Ahak!
                            

6- Setiap kali selepas minum air (selain susu), Afia akan buat bunyi Ahhhhhh......!!!!! konon-kononnya sedap sangat lah air tu ngehehehehe......

7- Setiap kali tengok klip video lagu BINGO Afia pun mula la tepuk tangan ikut rentak lagu. Orang yang paling bangga mesti lah papa, sebab dia yang ajar Afia...Wekkk;p

8-  Setiap masa bila mummy ada, Afia mesti tak nak dekat orang lain. Tak payah la berangan nak lari ye, kalau masuk toilet sekali pun Afia mesti tunggu depan pintu. Ayok dah macam magnet;p

9-  Walaupun Afia tak nak dekat papa masa mummy ada, tapi bila Afia nampak papa pakai cap dia terus kejar papa dan pelut kaki papa dengan muka manja ala-ala kucing parsi. Sebabnya papa cuma pakai cap bila nak keluar berjalan je.....Uitttt kecik-kecik dah kuat bejalan, ikut sapa lah ni Wink!;)

10- Afia boleh gulung lidah! Mummy dengan papa pun tak reti nak tiru.

11- Setiap pagi Afia akan bangun tidur tepat pukul 5.30 pagi atau 6.30 pagi. Tak payah pakai alarm clock dah!

12- Satu lagi perkara yang penting ialah Afia masih belum tumbuh gigi sampai sekarang Teeheee;p Kadang-kadang tu papa ketawa terbahak bahak bila tengok Afia senyum lebar sebab papa kata rupa Afia macam orang tua yang tinggal gusi!

No comments:

Post a Comment