Saturday, September 8, 2012

Raya Afia Style

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!! Ni lah Kad Raya kitorang tahun ni, temanya sebulan selepas berpuasa vs sebulan selepas beraya. Cute tak? Ngehehehehe;p Ok lah, nak tau macam mana Raya Afia Style? Jom! Weehuuu!!


Ini merupakan tahun kedua Reyhana Afia beraya weee!!!! Color tema baju kali ni purple dan inilah baju kurung pertama Afia. Memandangkan Afia belum ada adik so dia boria dengan kakak sepupu je lah.

Diantara gambar yang sempat diambik masa pagi raya dekat rumah opah......

Inilah gambar raya keluarga comel kitorang untuk edisi raya 2012. Comel sebab ahlinya cuma 3 orang ngeeee;p

Afia dengan sepupu-sepupunya dan opah. Nak jugak tu tesengeh tunjuk gigi dua batang...

Bukan main seronok lagi Afia bila dibawak beraya. Masa orang lain tengah rancak berborak dia pun rancak gak menyelongkar mainan  ngeeee;p



  
 "Ok kueh raya sekelian sila shu! shu! go away! Meja ni Afia punya!" Mentang-mentang lah semua orang sayang, slumber je dia panjat meja lepas tu siap menyanyi-nyanyi lagi. Bukan main bergangnam style lagi dia. Ayok.....;p


 Kiss untuk peminat!

Tu belum masuk bab pergi rumah terbuka lagi. Bila dihulur makanan si kecik ni mesti nak makan sendiri. Phewwww......ni kalau buat program Jalan-jalan cari makan agak-agak naik tak rating?





Lantai dah melekit lah aunty, mintak maaf zahir batin ye..... Raya tak boleh marah-marah tau. Kbye........




No comments:

Post a Comment