Wednesday, December 26, 2012

Petua Sedut Hidung Baby dan Jangka Hayat Ubat



Sedihnya bila anak selsema. Setakat hingus meleleh-leleh boleh gak kita tolong lapkan. Tapi bila tengah-tengah malam hidung  sikecik ni start tersumbat nak buek camno lak milah oi???? Baby bukannya reti nak hembus pun.

Ikot kata orang tua dulu-dulu diorang suruh sedut pakai mulut. Senang je caranya, rapatkan bibir dekat hidung baby lepas tu sedut. Buat ala-ala cara nak makan siput sedut masak lemak cili padi tuh..ngeeeee......;p Tapi memandangkan mummy takut hidung Afia yang lembut tu tercabut so mummy guna lah menatang nih, sama je pun fungsinya.


Sebenarnya dalam peti ais ada ubat selsema, tapi the husband tak bagi guna sebab tarikh yang tertulis dekat botol tu bulan 9 sekarang dah masuk bulan 12 pun. Takut dah expired. Last-last ke klinik lah jugak. Sambil-sambil doktor periksa Afia sempat jugak tanya pasal jangka hayat ubat dan jawapannya ialah

Doctor: "ubat yang dah dibuka botolnya boleh tahan sehingga 6 bulan".

Huh lama gak tahannya ek? Maknanya koleksi ubat dalam peti ais tu semuanya boleh guna lagi la..... Ok, tq doc!

1 comment:

  1. salam.. ada satu lagi jenis penyedut tu.. ada tiub, kita sedut guna mulut.. then hingus baby akan jatuh dalam botol kecik yg bersambung kat tiub tu.. works wonder...

    ReplyDelete